Hutan Lipur Lata Belatan

Hutan Lipur Lata Belatan ialah sebuah hutan lipur yang terletak di Hutan Simpan Gunung Tebu, daerah Besut, Terengganu. Lokasinya 40 kilometer dari bandar Besut dan lebih kurang 103 kilometer dari Kuala Terengganu.

Pelbagai kemudahan awam yang disediakan di sini termasuk kemudahan elektrik, astaka, gerai makan, tandas awam, surau, wakaf ("pondok rehat"), jambatan gantung, pondok pengawal dan tapak perkhemahan.

Selain kemudahan tersebut, Hutan Lipur Lata Belatan turut menawarkan aktiviti seperti berehat sambil menikmati suasana keindahan alam semulajadi, berkelah secara bersendirian, bersama keluarga atau berkumpulan, berkhemah dan merentas hutan (jungle tracking).
 
rainforestoutdoor.com
rainforestoutdoor.com


Comments

Popular posts from this blog

Gunung Tebu

Pulau Perhentian, Besut, Terengganu