Pulau Perhentian, Besut, Terengganu
![]() |
photo credits : myoutdoor,com |
Pulau Perhentian ialah satu gugusan pulau yang terletak sekitar 10 batu nautika (19 km) dari pantai dalam timur laut negeri Terengganu, Malaysia. Dua pulau utama ialah Perhentian Besar dan Perhentian Kecil.
Oleh kerana pulau ini sering dijadikan tempat persinggahan bagi
kapal-kapal yang dalam pelayaran, ia telah dinamakan sebagai Pulau
Perhentian. Iaitu pulau tempat kapal-kapal singgah atau berhenti
seketika sebelum meneruskan pelayaran. Sehingga sekarang pulau ini masih
lagi dijadikan tempat berlindung bagi kapal-kapal dari angin kencang
dan ombak besar.
Antara aktiviti yang popular dijalankan di Pulau Perhentian ini adalah seperti aktiviti skuba, snorkeling dan sebagainya. Bagi pelancong yang hendak ke Pulau Perhentian ini boleh menaiki bot atau feri di jeti Kuala Besut. Perjalanan ke Pulau Perhentian mengambil masa kira-kira 40 minit dari jeti.
![]() |
Photo credit : holidaygogogo.com |
![]() |
Photo credit http://216.119.110.168/beautiful_perhentian_island.html |
Anda juga boleh saksikan video keindahan Pulau Perhentian disini
Comments
Post a Comment