Posts

Gunung Tebu

Image
Gunung Tebu merupakan sebuah gunung yang terdapat di negeri Terengganu Darul Iman, Malaysia. Gunung Tebu mempunyai ketinggian setinggi 1,039 meter (3,408 kaki). Gunung Tebu adalah kemuncak ke 8 tertinggi di Terengganu dengan ketinggian kira-kira 1,039 meter (m) dari paras laut. Ia terletak di Hutan Simpan Gunung Tebu dalam daerah Besut di negeri Terengganu. Keunikan bentuk muka buminya menarik kunjungan pendaki tempatan dan luar negara. Tempat menarik sepanjang mendaki ke puncak Gunung Tebu,di antaranya adalah Hutan Lipur Lata Belatan, Batu Mat Hasan, Jendela Pandang, Batu Mahkamah, Batu Pelana Kuda, dan Batu Madrasah. Jika cuaca yang cerah dan awan yang kurang, pendaki-pendaki akan dapat melihat dua pulau yang terkenal di Negeri Terengganu iaitu Pulau Redang dan Pulau Perhentian dari puncak Gunung Tebu. Mendaki Gunung Tebu melalui trek yang sepanjang hampir 10 kilometer ini memakan masa selama 4 hingga 5 jam bagi pendaki yang sudah berpengalaman. Bagi pendak

Hutan Lipur Lata Belatan

Image
Hutan Lipur Lata Belatan ialah sebuah hutan lipur yang terletak di Hutan Simpan Gunung Tebu, daerah Besut, Terengganu. Lokasinya 40 kilometer dari bandar Besut dan lebih kurang 103 kilometer dari Kuala Terengganu. Pelbagai kemudahan awam yang disediakan di sini termasuk kemudahan elektrik, astaka, gerai makan, tandas awam, surau, wakaf ("pondok rehat"), jambatan gantung, pondok pengawal dan tapak perkhemahan. Selain kemudahan tersebut, Hutan Lipur Lata Belatan turut menawarkan aktiviti seperti berehat sambil menikmati suasana keindahan alam semulajadi, berkelah secara bersendirian, bersama keluarga atau berkumpulan, berkhemah dan merentas hutan (jungle tracking).   rainforestoutdoor.com rainforestoutdoor.com

Video Pendek Pulau Perhentian

video credit : Malaysia Truly Asia

Tentang blog

Image
Assalamualaikum w.b.t, pertama sekali saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pensyarah saya iaitu Puan Rohaizah kerana memberi ilmu kepada saya tentang Kompetensi Teknologi Maklumat dan Komunikasi(MTE3012).  Selepas beberapa kali saya mengubah suai blog saya ini, akhirnya saya dapat membuat post pertama saya dalam blog ini mengenai Pulau Perhentian. Anda boleh lihat post tersebut disini.  Setelah beberapa kali saya mengubah suai nama blog ini, akhirnya nama I AM NETIZEN dipilih. Netizen adalah gabungan internet dan citizen. Ia bermaksud citizen of the net atau warganegara internet. Seperti yang kita tahu, setiap orang akan mencari sesuatu maklumat menerusi internet. Sampai disini sahaja untuk penulisan blog ini, sekian Terima Kasih. #sehatisejiwa photo credit : softpedia-static.com

Pulau Perhentian, Besut, Terengganu

Image
photo credits : myoutdoor,com Pulau Perhentian ialah satu gugusan pulau  yang terletak sekitar 10 batu nautika (19 km) dari pantai dalam timur laut negeri Terengganu , Malaysia. Dua pulau utama ialah Perhentian Besar dan Perhentian Kecil. Oleh kerana pulau ini sering dijadikan tempat persinggahan bagi kapal-kapal yang dalam pelayaran, ia telah dinamakan sebagai Pulau Perhentian. Iaitu pulau tempat kapal-kapal singgah atau berhenti seketika sebelum meneruskan pelayaran. Sehingga sekarang pulau ini masih lagi dijadikan tempat berlindung bagi kapal-kapal dari angin kencang dan ombak besar. Antara aktiviti yang popular dijalankan di Pulau Perhentian ini adalah seperti aktiviti skuba, snorkeling dan sebagainya. Bagi pelancong yang hendak ke Pulau Perhentian ini boleh menaiki bot atau feri di jeti Kuala Besut. Perjalanan ke Pulau Perhentian mengambil masa kira-kira 40 minit dari jeti. Photo credit : holidaygogogo.com Photo credit http://216.119.110.1